Phablet Sony ini ditumpukan kepada pengguna gemar berselfie kerana kelebihan utama phablet ini sudah tentu kamera dan ukuran skrinnya yang besar.
Pengguna pasti akan menggemarinya kerana skrin luas selain keunikan fungsi kamera yang pelbagai.
Ia mempunyai skrin berukuran 6 inci Full HD, Xperia C5 Ultra ini juga menawarkan ukuran skrin besar dan tanpa kerangka sisi.
Mengenai kualiti kamera yang ditawarkan, kedua kamera pada peranti ini menggunakan sensor Sony Exmor RS 13 Megapiksel (MP).
Selain itu, mempunyai fungsi tambahan seperti LED flash, autofocus dan HDR
Spesifikasi lainnya, Xperia C5 Ultra ini menggunakan prosesor octa core 1,7GHz 64-bit yang disokong dengan RAM 2GB. Ia turut memiliki 4G LTE serta bateri berkapasiti 2930 mAh.
Sony akan mulai memasarkan phablet selfie terbaharunya ini pada pertengahan bulan Ogos dan masih tiada maklumat mengenai harga jualan Xperia C5 Ultra ini. - www.bharian.com.my


0 comments:
Post a Comment