Ini kerana telefon pintar itu dijual dalam harga varian sederhana tetapi mempunyai teknologi hebat, setanding telefon pintar varian mewah yang lain.
Kini ia menjadi pilihan pengguna dan Google meneruskan legasi Android One Google dengan memperkenalkan generasi kedua telefon pintar Android One, Lava Pixel V1.
Lava Pixel V1 dilancarkan di India, tetapi ia dikatakan bakal dijual dengan harga yang lebih tinggi.
Telefon pintar ini mempunyai skrin 5.5 inci yang dilapisi teknologi Asahi Dragon Trail dengan prosesor quad core MediaTek.
Selain itu, peranti ini juga mempunyai RAM sebesar 2GB serta kapasiti penyimpanan sebesar 32GB.
Bagi sistem operasinya, Lava Pixel V1 ini hadir dengan OS Android 5.1.1 Lollipop dan tersedia dalam dua pilihan warna, iaitu keemasan dan perak.
Sudah tentu kamera menjadi keutamaan bagi setiap telefon pintar dan Lava Pixel V1 mempunyai kamera utama 13MP serta kamera' selfie' 8MP di bahagian depan.
Tidak ketinggalan juga sokongan dual slot sim kad dan bateri berkapasiti 2.650 mAh.
Android One adalah produk dari Google untuk menyediakan peranti murah dengan spesifikasi berkualiti tinggi.
Telefon pintar Android One secara khusus dilancarkan oleh Google untuk pasaran negara berkembang seperti Malaysia, Singapura dan Indonesia. - bharian

0 comments:
Post a Comment