Via Ferrata cabaran baru sukan lasak di Gunung Stong

Leave a Comment
Selain cabaran mendaki ke puncak Gunung Ayam, Kem Baha atau Gunung Stong, peminat sukan lasak kini berpeluang merasai cabaran baru melalui trek Via Ferrata di Gua Ikan, Hutan Negeri Stong yang terletak di Jajahan Dabong, Kuala Krai.


Trek sepanjang 155 meter itu merupakan lokasi ketiga aktiviti berjalan di lereng gunung yang tersedia di Malaysia hasil usaha Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) Kelantan.

Aktiviti Via Ferrata ini menjadi tarikan baru bagi peminat sukan lasak termasuk di kalangan pelancong asing.

Dengan pembinaan laluan untuk sukan ekstrem di Gua Ikan ini, ia menjadi lokasi ketiga selepas Gunung Kinabalu dan Paya Gunung di Pahang, manakala laluannya melibatkan jarak lereng 155 meter dan ketinggian 150 meter.


0 comments:

Post a Comment

StartCounter