Tarikan Pulau Payar

Leave a Comment

Pulau Payar adalah taman laut tercantik dan eksotik yang terletak 19 batu nautika ke selat Pulau Langkawi dan kira-kira 40 batu nautika dari Pulau Pinang.

Perjalanan ke taman laut ini mengambil masa sejam menaiki bot, menjadikan ia lokasi sesuai untuk dikunjungi.

Merangkumi Pulau Lembu, Pulau Segantang dan Pulau Kaca yang kaya dengan terumbu karang, kawasan sekitar Pulau Payar dijaga dengan teliti.

Pulau Payar juga taman laut terbesar di antara pulau-pulau berkenaan. Anda pasti tertarik dengan tambatan terapung yang terletak tak jauh dari Pulau Payar.

Gemar aktiviti air? Pulau Payar lokasi cukup sesuai untuk berenang, snorkeling dan menyelam.

Anda boleh memerhati bawah laut untuk melihat hidupan laut yang dikelilingi terumbu karang dan kumpulan ikan bebas berenang.

Sepanjang kawasan terumbu karang di selatan, timur dan barat Pulau Payar ini adalah lokasi terbaik untuk menyelam di dasar lautan.

-Hmetro

0 comments:

Post a Comment

StartCounter