Taman Burung Labuan

Leave a Comment

Taman Burung Labuan terletak berdekatan dengan Chimney di Tanjung Kubong. Ia mempunyai tiga sangkar berbentuk kubah besar dikelilingi pelandskapan yang indah. Taman ini merupakan rumah bagi kebanyakan spesies burung-burung Borneo yang ditemui oleh pemerhati burung. Terdapat perancangan bagi mengumpul sebahagian daripada 580 spesies burung yang didapati di habitat-habitat Borneo yang pelbagai, daripada bakau di sepanjang pantai ke hutan dalam gunung-ganang.

Pemerhatian burung boleh dilakukan tanpa sebarang peralatan kecuali buku nota, untuk menukilkan pemerhatian anda, dan binokular di taman ini. Bantuan bagi mengenal pasti burung-burung boleh didapati dari pihak pengurusan taman.

Keluasan taman ini ialah kira-kira 6.9 ekar iaitu meliputi kawasan bangunan pentadbiran, kawasan tunnel dan dome, kawasan letak kenderaan, kawasan permainan kanak-kanak, bangunan pusat pembiakan dan penyelidikan unggas, 2 buah tasik serta kawasan hutan simpan tropika.

Bangunan pentadbiran bahagian bawah terdiri bilik mesyuarat, bilik taklimat, lobi, kawasan taman, ruang gelari dan tandas awam. Manakala bangunan pentadbiran di bahagian atas terdiri bilik pengurus, perpustakaan, lobi atas, bilik pentadbiran dan tandas.

Kawasan tunnel dan dome adalah tempat di mana unggas-unggas dipamerkan juga unggas dipamer di sangkar-sangkar mini di kawasan luar tunnel dan dome. Terdapat 4 buah tunnel yang berukuran panjang 30 kaki, lebar 12 kaki dan tinggi 20 kaki berbentuk seakan dome. Manakala dome terdiri 3 unit iaitu, dua dome berukuran dimeter 60 kaki dan tinggi 30 kaki, dan 1 dome berukuran dimeter 180 kaki dan tinggi 120 kaki berada di tengah-tengah di antara dua dome yang kecil. Tunnel dan dome bersambung dan di lengkapi dengan landskap, manakala di dalam dome disediakan kolam untuk unggas-unggas air. Keadaan ini akan menjadikan tunnel dan dome sesuai dengan habitat semulajadi unggas.

Yuran Kemasukan:

Dewasa - RM 3
Kanak-kanak (dibawah umur 6 tahun) - Free
Pelajar/Warga Emas - RM 2
Pelancong - RM 5

0 comments:

Post a Comment

StartCounter